FU171: Keindahan Malam: Seni Digital Interaktif

JUNAIDAH BINTI JABAR Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn

KL3IS | Futurist

CR: 0.1250 | 5 Likes | 40 Views | 14 times | LS: 19.6
Like it? | Support them now!

Modul Pembelajaran Digital Pendidikan Seni Visual bertajuk “Keindahan Malam” merupakan satu inovasi pengajaran yang dibangunkan dengan tujuan membantu murid mengenal pasti serta menerangkan ciri-ciri langit malam, di samping menerapkan teknik seni seperti basah atas kering dan resis dalam penghasilan karya bertema “Keindahan Malam”. Keunikan modul ini terletak pada penggunaan video pengajaran asli oleh guru sendiri yang menunjukkan demonstrasi teknik seni dan kraftangan, sekaligus menjadikan pembelajaran lebih autentik dan mudah difahami.

Modul ini juga mengintegrasikan pendekatan pedagogi pembelajaran terbeza, kuiz interaktif untuk menilai kefahaman murid, dan galeri maya bagi mempamerkan hasil tugasan terbaik sebagai motivasi rakan sebaya. Murid berpeluang mengakses pembelajaran secara kendiri pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui telefon pintar, tablet atau komputer. Inovasi ini memberi impak besar dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menarik, fleksibel dan tidak membosankan. Guru tidak perlu mengulangi penerangan kerana murid boleh menonton semula bahan yang disediakan. Modul ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan murid, malah menggalakkan penggunaan teknologi secara berkesan dalam bilik darjah abad ke-21.