FU68: SCHNELL BOT 2.0

MUHAMMAD ISYRAF FIRDAUS BIN HASSIM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KL3IS | Futurist

CR: 0.1429 | 1 Likes | 7 Views | 20 times | LS: 21.1
Like it? | Support them now!

Pendidikan abad ke-21 memerlukan kaedah pembelajaran yang lebih inovatif dan
interaktif. “(Schnell Bot) Quick Robot: German Language Learning Tools” iaitu
pembangunan projek berbentuk laman web interaktif yang dinamakan (Schnell
Bot), yang dihasilkan sebagai inovasi pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Projek ini bertujuan membantu pelajar pemula bahasa Jerman, khususnya yang
bukan penutur jati, dalam memahami dan menggunakan artikel bahasa Jerman
iaitu der, die, dan das secara betul dan sistematik. Laman web ini menyediakan
kandungan pembelajaran berbentuk penerangan, senarai kata nama mengikut
artikel, latihan interaktif, kecerdasan buatan AI serta teknik mudah untuk
mengingati penggunaan artikel. Kaedah penggunaan laman web ini direka agar
bersifat kendiri dan mesra pengguna, membolehkan pelajar mengakses
maklumat dan menguji kefahaman mereka pada bila-bila masa. Projek ini bukan
sahaja menggabungkan elemen linguistik dan teknologi secara efektif, malah
turut memperkukuh kemahiran pelajar dalam penghasilan kandungan digital
pendidikan. Secara keseluruhannya, (Schnell Bot) merupakan satu inisiatif
inovatif yang mampu menyokong proses pembelajaran bahasa Jerman dengan
lebih menyeronokkan, efektif dan ianya berpusatkan pelajar. Aplikasi ini juga
dilengkapi dengan nota tambahan, permainan interaktif secara digital, kelas
bimbingan atas talian dan sebagainya. Kelebihannya dengan menyediakan
platform pembelajaran yang adaptif dan responsif terhadap keperluan individu
pelajar. Produk ini juga bersesuaian digunakan kepada murid tingkatan satu
sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Inisiatifnya bagi memperkenalkan
(Schnell Bot) kepada semua pihak disamping pada yang sama bagi
mengkomersialkan produk aplikasi ini secara menyeluruh. Selain itu, 100% guru
bersetuju bahawa aplikasi ini menggalakkan pembelajaran kendiri dan
mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah pasif.