KHIDIR ALIF BIN PARIZAN KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
Mengelaskan fail mengikut sistem fail yang betul adalah sangat penting dalam pengurusan pemfailan. Pengurusan fail dilaksanakan melalui beberapa proses iaitu klasifikasi, penyusunan, penyimpanan serta pelupusan supaya mudah direkod, dirujuk dan diperoleh apabila diperlukan. Pembelajaran mengenai pengurusan sistem fail terkandung dalam pembelajaran bagi kursus Pengurusan Pemfailan bagi Program Pengurusan Perniagaan dan Program Kesetiausahaan Pentadbiran. Melalui ujian pra yang dijalankan, sebanyak 50 peratus pelajar 2 BPP melakukan kesalahan ketika mengelaskan fail. Melalui ujian pra, dapat dikenalpasti pernyataan masalah yang berkaitan di mana pelajar membuat kesilapan mengelaskan fail berdasarkan 4 jenis sistem fail yang telah ditetapkan. pelajar keliru dalam menentukan penyusunan bagi jenis kaedah pemfailan yang berbeza dan sukar untuk menentukan bagaimana dokumen difailkan mengikut setiap jenis sistem pemfailan. Oleh itu, PICK YOR CARD GAME (PYC GAME) yang merupakan permainan pendidikan dan pembelajaran mengenai pemfailan direka khas untuk membantu pelajar memahami sistem pengurusan fail dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Objektif inovasi ini adalah untuk memadankan jenis kad yang sesuai ke dalam papan permainan, menggalakkan interaksi sosial antara kumpulan, melatih pemikiran kritikal dan memudahkan pemahaman pelajar dalam pengurusan pemfailan secara praktikal. Melalui kaji selidik serta temubual bersama pelajar yang bermain permainan PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) mendapati inovasi ini adalah aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif kerana pelajar dapat belajar memahami pengelasan sistem fail dengan tepat dengan cara permainan. PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) ini merupakan inovasi yang menggunakan elemen permainan untuk menguatkan pemahaman pelajar dalam konsep permainan (Game-Based Learning) serta menjadikan pembelajaran secara kolaboratif antara pelajar. Inovasi ini juga menggunakan pendekatan pengalaman yang memberi peluang kepada pelajar untuk memahami prosedur pengurusan sistem fail dengan baik. Pelajar dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam menguruskan fail. Keistimewaan PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) yang dibangunkan adalah merupakan alat membantu mengajar yang merentasi kurikulum program di bawah Jabatan Perniagaan Kokej Vokasional. Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh pelatih industri untuk memberikan pendedahan awal tentang pengurusan pemfailan sebelum masuk ke dalam dunia pekerjaan serta boleh digunakan sebagai sebahagian daripada latihan profesional untuk meningkatkan kecekapan pengurusan.