ID188: Editor ParaPINTAR

DR AISHA CHANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

KL3IS | Ideator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 22 Views | 32 times | LS: 32.0
Like it? | Support them now!

Editor ParaPINTAR ialah sebuah inovasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan berasaskan platform Gems dari Gemini dan prompt engineering yang khusus berlandaskan Teknik Pemikiran Komputasional Logik Algoritma bagi mempertingkat produktiviti akademik. Inovasi ini berfungsi sebagai alat bantu pintar yang menyokong pengolahan semula ayat secara cekap, tepat dan kreatif, khusus untuk pendidik, pelajar dan penulis. Selain itu, alat bantu berasaskan teknologi AI ini direka bagi mengatasi cabaran kekangan masa, kesukaran menyusun semula ayat serta ketiadaan alat digital yang khusus untuk tujuan penulisan semula kandungan. Dengan menggabungkan teknologi pemprosesan bahasa semula jadi (Natural Language Processing) dan AI generative, Editor ParaPINTAR menawarkan cadangan penulisan alternatif yang lebih tersusun, menarik dan sesuai dengan konteks pengguna. Ciri antara muka yang mesra pengguna membolehkan input teks dimasukkan melalui prompt dan diproses secara segera untuk menghasilkan output yang dioptimumkan. Kelebihan utama aplikasi ini termasuk peningkatan kecekapan penulisan, penjimatan masa, peningkatan profesionalisme dan rangsangan kreativiti. Ia juga memberi nilai tambah kepada pedagogi dengan membolehkan pensyarah memperkemas hasil penulisan pelajar serta bahan pengajaran. Editor ParaPINTAR membuktikan bahawa integrasi kepakaran manusia dengan kecerdasan buatan mampu mendorong transformasi penulisan digital dalam dunia pendidikan dan berpotensi diperluaskan ke pelbagai sektor.