NUR INSYIRAH QISTINA BINTI MOHD NOOR KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
Ramai individu mengalami keletihan dan kesakitan pada kaki akibat berdiri atau
berjalan terlalu lama, namun masih kurang produk penjagaan kaki yang
menggunakan bahan semula jadi dan selamat. Masalah ini mendorong kepada
penghasilan inovasi Calming Foot Balm sebagai penyelesaian yang lebih efektif dan
mesra pengguna.Projek ini bertujuan untuk menghasilkan produk penjagaan kaki
berasaskan bahan semula jadi yang dapat melegakan keletihan, melembapkan kulit,
menghilangkan bau kaki, serta memberi kesan menenangkan melalui
aromaterapi.Calming Foot Balm merupakan sejenis balm yang diperbuat daripada
minyak lavender, peppermint, tea tree, minyak zaitun, serbuk kayu manis, mentega
shea dan lilin semula jadi. Ia mudah digunakan, tidak melekit, dan memberikan
sensasi sejuk dan relaksasi kepada kaki yang letih.Bahan-bahan semulajadi
disediakan dan ditimbang mengikut sukatan yang ditetapkan. Bahan cair seperti
minyak dan mentega dicairkan menggunakan kaedah double boiler, dicampur sebati
bersama minyak pati dan serbuk kayu manis, sebelum dituang ke dalam bekas dan
dibiarkan mengeras pada suhu bilik.Produk ini memberi pelbagai manfaat seperti
melegakan sakit kaki, melembapkan kulit kasar, mengurangkan tekanan melalui
aromaterapi, dan sesuai untuk semua golongan. Ia juga menggunakan bahan
semula jadi yang selamat untuk kulit sensitif.Secara keseluruhannya, Calming Foot
Balm merupakan satu inovasi yang praktikal, selamat dan berkesan. Ia berpotensi
untuk dikomersialkan sebagai produk penjagaan diri semulajadi yang mampu
memenuhi keperluan pengguna moden yang aktif dan prihatin terhadap kesihatan
diri.
Kata Kunci: Calming Foot Balm, inovasi, penjagaan kaki, bahan semula jadi,
aromaterapi, melegakan keletihan, minyak pati