ID193: AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN AWAL: MODUL NYANYIAN NYANIMU

RAMIZAH BINTI SAKUMONING Sultan Idris Education University

KL3IS | Ideator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Pembangunan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak awal usia memerlukan pendekatan yang bersifat holistik, interaktif dan sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Seiring dengan aspirasi strategik Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan jaringan kolaborasi dan perkongsian kepakaran, Modul Nyanyian NyaNiMu telah dibangunkan sebagai satu inovasi pendidikan awal kanak-kanak berasaskan lagu rakyat. Modul ini mengintegrasikan elemen nyanyian, pergerakan, permainan berstruktur dan lakonan mudah bagi merangsang perkembangan sosial kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun di TASKA. Melalui pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR), modul ini melalui tiga fasa utama: analisis keperluan terhadap isu kemahiran sosial kanak-kanak, reka bentuk dan pengesahan modul melalui konsensus pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi, serta penilaian kebolehgunaan modul oleh pendidik melalui kaedah Modified NGT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti berasaskan lagu rakyat bukan sahaja meningkatkan interaksi sosial dan kolaboratif kanak-kanak, malah turut membina nilai murni, keyakinan diri dan empati secara semula jadi. Dengan memupuk kemahiran sosial sejak awal melalui aktiviti nyanyian dan interaksi rakan sebaya, modul ini memperkukuh pembinaan generasi seimbang seperti yang digariskan dalam PPPM Gelombang 3 (2021–2025). Modul ini merupakan hasil kolaborasi antara akademik, pendidik TASKA, dan pakar pendidikan awal. Ia mencerminkan usaha penyelidikan berimpak tinggi serta menyumbang kepada agenda pembentukan insan holistik sejak peringkat awal.

 

KATA KUNCI: Modul Nyanyian, Kemahiran Sosial, Lagu Rakyat, Kanak-Kanak TASKA, Amalan Terbaik