AQEEF ASHMAN ZIYYAD BIN AMBRI SK METHODIST (ACS) KAMPAR PERAK
Inovasi Point It? adalah sebuah inovasi yang melibatkan subjek PSV sebagai subjek utama. Inovasi ini dijalankan keatas 10 orang murid tahun 5 dan tahun 6 di SK Methodist ACS Kampar. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan Kemahiran melukis murid menggunakan Teknik Pointalisme dan untuk menjimatkan masa murid ketika menghasilkan karya lukisan. Namun ia merentas pelbagai subjek seperti BM, Sains, dan lain-lain. Masalah yang tercetus adalah berpunca dari teknik melukis murid yang tidak kreatif. Teknik Pointalisme adalah salah satu teknik yang tertua didunia namun tidak diminati kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Inovasi kami adalah ilham daripada teknik pointalisme dan sangat membantu dalam menjimatkan masa dan kos. Penjimatan kos dikurangkan kerana inovasi kami tidak menggunakan sebarang kos dan modal,ianya menggunakan bahan terpakai sahaja. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek hasil karya dan juga kreativiti. Inovasi ini mempunyai potensi yang tinggi untuk disebarluas dan mempunyai nilai komersial untuk dipasarkan.