ID135: Penggunaan Chatbot Berasaskan AI Untuk Membantu Kefahaman Pelajar Dalam Pengajaran Usul Fiqh

Hidayatul Sakinah Mohd Zulkifli Universiti Selangor (UNISEL)

KL3IS | Ideator

CR: 0.1538 | 8 Likes | 52 Views | 20 times | LS: 29.2
Like it? | Support them now!

Usul Fiqh merupakan subjek yang penting dalam pengajian Islam, namun sering dianggap mencabar oleh pelajar kerana pendekatannya yang bersifat teoritikal. Ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami konsep-konsep asas Usul Fiqh disebabkan oleh kaedah penyampaiannya yang masih bergantung kepada pendekatan tradisional. Selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa, kajian ini mencadangkan penggunaan chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) sebagai alat bantu dalam pengajaran Usul Fiqh. Chatbot ini diprogramkan untuk memberi penerangan asas berkenaan konsep Usul Fiqh serta menjawab soalan lazim pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan analisis prestasi bagi menilai keberkesanan chatbot AI dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Dapatan awal menunjukkan bahawa pelajar lebih mudah mengakses ilmu dan mendapat penjelasan segera terhadap kekeliruan mereka. Inovasi ini membuktikan bahawa integrasi teknologi pintar dalam pengajaran Usul Fiqh berpotensi dalam usaha memperkasakan pembelajaran secara lebih inklusif dan efisien dalam era digital hari ini.