MOHAMMAD HAKIIM BIN NASERUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH
Sikap dan tingkah laku 6 orang murid tahun 5 Mahir semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam bidang ibadah ,tajuk solat berjemaah menunjukkan mereka tidak begitu berminat dan memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.Punca utama ialah kaedah pembelajaran tradisional yang hanya berpusat pada guru serta kekurangan bahan bantu mengajar yang menarik. Maka fokus kajian ini adalah menangani masalah tersebut dengan mencipta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan aplikasi Augemented Reality. Objetif inovasi yang di hasilkan ialah mengkaji teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid bagi memudahkan guru mencapai objektif pembelajaran terutama murid yang lemah dan sederhana, menyediakan bahan bantu mengajar atau aplikasi bagi menarik minat murid serta meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid tentang tajuk pembelajaran. Kajian ini di lakukan dengan menggunakan kaedah ujian pra dan ujian post serta temu bual. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kefahaman murid terhadap tajuk yang di pelajari meningkat dan murid berasa seronok serta berpuas hati menggunakan aplikasi inovasi yang di cipta. Secara kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan inovasi bahan bantu mengajar melalui aplikasi Augmented Reality dapat menarik minat dan tumpuan murid ketika sesi pembelajaran serta konsep inovasi yang di hasilkan adalah selari dengan Pembelajaran Abad ke 21 serta penggunaan teknologi terkini dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.
Kata Kunci: Aplikasi, Augmented Reality, Solat Berjemaah