AMZARRA AWUFY BINTI AZLAN SK KAMPONG SELAMAT
Inovasi Mimba Lavasid merupakan satu alternatif mesra alam yang dibangunkan untuk mengatasi masalah peningkatan kes demam denggi akibat pembiakan nyamuk Aedes dan mengurangkan kesan negatif kepada ekosistem dan kesihatan manusia. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak daun mimba (Azadirachta indica) yang merupakan tumbuhan yang terbukti mempunyai sifat bioaktif semula jadi sebagai agen larvasid. “Larva” merujuk kepada peringkat awal kitaran hidup serangga seperti nyamuk dan “sid” berasal daripada bahasa Latin cida yang bermaksud pembunuh. Proses penyediaan melibatkan penghasilan larutan ekstrak pekat daun mimba yang kemudiannya diformulasi dalam bentuk semburan mudah guna. Cara penggunaan Mimba Lavasid adalah secara langsung di tempat pembiakan nyamuk seperti longkang bertakung, bekas air dan kolam kecil untuk menghentikan perkembangan larva sebelum menjadi nyamuk dewasa. Kajian awal keberkesanan menunjukkan bahawa Mimba Lavasid mampu membunuh lebih 100% larva nyamuk aedes dalam masa 24 jam tanpa memberi kesan negatif terhadap ekosistem air. Penggunaan bahan organik ini bukan sahaja menjimatkan kos berbanding larvasid kimia lain, malah mengurangkan pencemaran alam sekitar. Inovasi ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3 iaitu kesihatan baik dan kesejahteraan dan SDG 13 iaitu tindakan terhadap perubahan iklim. Produk ini menyasarkan pendekatan lestari dalam kawalan penyakit bawaan vektor iaitu nyamuk. Mimba Lavasid berpotensi untuk dikomersialkan sebagai satu penyelesaian berimpak tinggi dalam pengurusan kawalan denggi di peringkat komuniti dan nasional serta dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengawal penyakit bawaan vektor nyamuk ini. Ia juga memberi ruang kepada pemerkasaan sains dan teknologi tempatan berasaskan sumber semula jadi.
Keywords: lavasid, mimba lavasid, nyamuk aedes, SDG 3, SD13