SYAZWINAIM BIN HASSAN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
e-SPS merupakan projek penambahbaikan daripada sistem lepas iaitu SPS. Aplikasi perekodan stok kerajaan berdasarkan standard KEW.PS ini telah ditambah baik kepada aplikasi dalam talian dengan objektif iaitu menjadikan sistem lebih fleksibel, mengaktifkan fungsi daftar stok secara automatik dan menyediakan paparan laporan baki semasa mengikut kategori stok. Ujian sistem dilakukan dengan membandingkan keupayaan fungsi baharu dengan sistem lepas. Hasil analisis menunjukkan bahawa e-SPS berjaya membantu memudahkan akses data secara virtual, mempercepatkan proses perekodan dan menyediakan laporan stok lebih tepat. Kesimpulannya, projek e-SPS berjaya menyelesaikan masalah sistem lepas dan mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan dengan lebih menyuruh kepada semua pegawai stok khususnya di Kolej Vokasional Tawau.