BALQIS BATRISYIA BINTI MOHD ROSE Kolej Vokasional ERT Setapak
Rekaan inovasi iaitu tote bag yang boleh berubah fungsi menjadi apron dinamakan Avental. Inovasi tote bag bertukar kepada apron adalah inisiatif untuk memudahkan pengguna. Barangan yang dibawa didalam tote bag tidak perlu dikeluarkan ketika dijadikan apron kerana terdapat poket penyimpanan khas.Tote bag direka dengan tali yang dapat dilaras iaitu diikat dibahu semasa meggunakannya sebagai tote bag dan tali dilaras dibahagian pinggang semasa menggunakanya sebagai apron.Terdapat zip di kiri dan kanan yang boleh dilaras untuk diubah menjadi apron dari paras pinggang ke lutut.Terdapat masalah dalam pengurusan peralatan bagi pelajar kemahiran Seni Reka Fesyen terutama alatan kecil ketika melakukan kerja seperti melakar pola, menggunting dan menjahit pakaian.Inovasi ini dapat memudahkan pelajar kerana tidak perlu membawa bekas peralatan yang besar dan peralatan dapat diurus dengan baik.Pada setiap poket penyimpanan boleh di simpan alatan seperti alat tulis,alatan menjahit dan sebagainya. Konsep inovasi ini juga menggunakan bahan kitar semula iaitu dari kain banner dan perca fabrik yang mana dapat menjimatkan kos pengeluaran dengan memanfaatkan bahan sedia ada. Oleh yang demikian, inovasi ini bukan sahaja menyokong kelestarian alam sekitar tetapi juga memberikan nilai tambah kepada barang-barang yang dianggap tidak berguna dan mengurangkan penggunaan bahan baru sekaligus dapat meminimumkan sisa plastik dan fabrik. Tote bag apron ini mampu menyelesaikan masalah pengurusan peralatan dan memudahkan penyimpanan.