Muhammad Muaz Bin Saifulnizam Kolej Vokasional Pasir Gudang
Vakum Infusi adalah satu proses yang digunakan dalam pembinaan bot gentian kaca. Namun kualiti yang dihasilkan melalui proses ini seringkali dipertikaikan kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kualiti hasil produk tersebut. Salah satu faktor tersebut adalah inlet dan outlet port. Inovasi ini adalah satu hasil penyelesaian kepada masalah penetapan posisi inlet dan oulet port pada acuan produk. Posisi yang terbaik telah dikenalpasti dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan melalui proses vakum infusi.