FU169: Langit Seni Kolaj Digital Interaktif

MUHAMMAD FARIS EZMIR BIN ZAMZURI Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn

KL3IS | Futurist

CR: 0.0769 | 1 Likes | 13 Views | 8 times | LS: 9.1
Like it? | Support them now!

Modul Pembelajaran Digital Pendidikan Seni Visual bertajuk “Belon Udara Tinggi di Langit” merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan elemen seni visual dengan teknologi digital secara interaktif. Objektif utama modul ini adalah untuk memperkenalkan teknik kolaj kepada murid melalui aktiviti menggambar belon udara panas yang kemudiannya dijadikan kulit buku nota peribadi. Modul ini dibangunkan selaras dengan pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 dan pembelajaran terbeza yang mengambil kira keperluan dan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai.

Keunikan modul ini terletak pada penghasilan video pengajaran asli oleh guru sendiri yang menunjukkan demonstrasi langkah demi langkah pembuatan kraftangan serta teknik menggambar. Modul ini turut mengandungi kuiz interaktif bagi menguji kefahaman dan penglibatan murid, serta galeri hasil tugasan terbaik sebagai motivasi dan inspirasi. Penggunaan pendekatan pembelajaran kendiri membolehkan murid mengakses bahan pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai peranti seperti telefon, tablet dan komputer.

Secara keseluruhan, modul ini memberi impak positif kepada murid dengan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, fleksibel, dan berkesan. Ia juga membantu guru menjimatkan masa pengajaran kerana murid boleh mengulang tayang kandungan secara kendiri. Inovasi ini menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dan menyokong perkembangan kreativiti serta kemahiran abad ke-21.