NUR AUNI SUFIYYAH BINTI NORSHAMSUL SK Methodist (ACS) Kampar Perak
Masalah utama yang menyebabkan hilangnya minat melukis dikalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah adalah disebabkan oleh tidak mahir melukis dan tidak mahir untuk meniru gambar. Oleh yang demikian , kami telah mencari alternatif untuk memudahkan murid-murid melukis dengan cara yang amat mudah. Produk inovasi kami diberi nama Easy Draw. Ianya menggunakan bahan terpakai dan tidak melibatkan sebarang kos. Kami menggunakan kotak terpakai, dan skru serta sebatang pensel. Sasaran kajian kami adalah kepada semua murid yang tidak mahir untuk melukis terutamanya murid yang mempunyai kadar banding melukis yang lemah. Namun fokus kami lebih kepada murid-murid di SK Methodist ACS. Inovasi kami amat mudah digunakan dan boleh diguna dimana-mana sahaja. Semua gambar boleh ditiru dan ia membantu murid untuk melukis berdasarkan nisbah dan kadar banding yang betul. Gambar juga boleh dilaraskan saiz. Kita boleh besarkan gambar atau kecilkan saiz gambar yang hendak dihasilkan. Antara kelebihan produk inovasi kami adalah ianya dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan lakaran. Easy Draw juga membantu murid yang lemah melukis supaya dapat melukis dengan baik mengikut kadar banding yang betul. Easy Draw juga adalah satu produk yang mesra alam kerana ianya menggunakan bahan yang terpakai. Apabila murid mahir melukis, hasil karya yang murid hasilkan juga akan bertambah baik dan seterusnya karya tersebut boleh dijual. Oleh itu, produk inovasi Easy Draw ini sememangnya mempunyai potensi untuk diperluaskan dan boleh dipasarkan kerana ianya tidak terhad kepada murid sekolah rendah, namun semua peringkat umur boleh digunakan.