ID89: EduMDAi

DR AISHA CHANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

KL3IS | Ideator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

EduMDAi ialah pedagogi progresif ke arah platform inovatif yang dibangunkan berteraskan model TPACK dan menggunakan metodologi Model Air Terjun. Inovasi ini dibangunkan dengan mengintegrasikan empat komponen utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 iaitu Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System), Pemikiran Kritikal (Critical Thinking), Teknologi Digital (Digital Technology) dan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI Technology). EduMDAi bukan sahaja relevan dalam konteks pendidikan tinggi, malah direka bentuk agar selaras dan sesuai diaplikasikan dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 yang menekankan penguasaan literasi teknologi, pemikiran aras tinggi, pembelajaran kendiri, serta pembinaan kemahiran abad ke-21 secara menyeluruh. Inovasi ini bertujuan memperkasakan ekosistem pengajaran di institusi pengajian tinggi seperti Institut Pendidikan Guru melalui pemanfaatan teknologi terkini serta pendekatan pedagogi progresif yang berfokuskan pelajar. EduMDAi disesuaikan agar serasi dengan prinsip Kurikulum Persekolahan 2027 yang menuntut pendekatan pembelajaran yang dinamik, kontekstual dan berpusatkan aplikasi dunia sebenar. Melaluinya, pensyarah dapat menyampaikan kandungan kursus dan mata pelajaran secara lebih berstruktur, interaktif dan bersifat reflektif, manakala guru pelatih IPG pula mampu berfikir secara kritikal, membuat keputusan berasaskan data dan maklumat, serta menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran digital yang semakin berkembang agar mendapat pendedahan pengaplikasian teknologi terkini dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta persediaan sebagai pelaksana Kurikulum Persekolahan 2027 kelak. EduMDAi bukan sahaja menyelesaikan cabaran pengajaran konvensional yang statik dan berpusatkan pensyarah, malah mengangkat pengalaman pembelajaran menjadi lebih bermakna, responsif, dan berorientasikan pendidikan masa depan yang inklusif. Keselarasannya dengan aspirasi Kurikulum Persekolahan 2027 menjadikan EduMDAi sebagai satu inovasi strategik yang merentas peringkat pendidikan, menyediakan landasan kukuh untuk transformasi sistem pengajaran ke arah yang lebih holistik, berimpak tinggi, dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Secara keseluruhannya, EduMDAi bukan sekadar sebuah inovasi, tetapi satu penanda aras baharu dalam pelaksanaan PdP yang memacu pembangunan insan seimbang, celik teknologi, dan kelestarian pemikiran kritikal secara berterusan walaupun berdepan perkembangan teknologi dan cabaran baharu pengaplikasian teknologi AI dalam pendidikan.

Kata Kunci: Pedagogi Progresif, Pengintegrasian Teknologi, Kelestarian Pemikiran