ID162: IArabiChat: Inovasi Digital Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan AI

NURUL HUSNA BINTI ROSLAN UNIVERSITI SELANGOR

KL3IS | Ideator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Penguasaan bahasa Arab sering menjadi cabaran utama dalam kalangan pelajar, khususnya apabila kaedah pengajaran masih berteraskan pendekatan tradisional yang bersifat pasif dan kurang interaktif. Kekangan ini menjejaskan kefahaman pelajar terhadap struktur asas bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan pemahaman teks. Sebagai respons kepada cabaran ini, inovasi iArabiChat dibangunkan sebagai solusi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang mesra pengguna dan boleh diakses pada bila-bila masa. iArabiChat berfungsi sebagai chatbot interaktif yang memberikan penerangan ringkas dan padat berkaitan konsep asas bahasa Arab serta menjawab persoalan lazim pelajar secara serta-merta. Inovasi ini dinilai melalui soal selidik dan analisis prestasi pelajar dalam sesi pengajaran yang melibatkan penggunaan chatbot. Hasil dapatan awal menunjukkan peningkatan tahap kefahaman, minat serta kebolehan pelajar mengakses ilmu secara kendiri. Inisiatif ini membuktikan bahawa teknologi pintar seperti iArabiChat mampu memperkasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab secara lebih dinamik, responsif dan efektif, selaras dengan keperluan pendidikan digital masa kini.