FU196: CANDLE MASSAGE

NUR DALILA WAFA BINTI MOHD FAKHRORAZI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

KL3IS | Futurist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 22 Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Amalan urutan telah lama dikenali sebagai satu cara untuk melegakan ketegangan otot

dan meningkatkan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, penggunaan lilin urut

konvensional sering mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan

kulit. Masalah ini membuka peluang untuk inovasi lilin urut berasaskan bahan semula

jadi.Produk ini dihasilkan bertujuan untuk menghasilkan lilin urut yang diperbuat

daripada shea butter, minyak kelapa dan soy wax serta menyediakan produk urutan

yang selamat dan mesra alam. Candle Massage ini dihasilkan daripada gabungan shea

butter, minyak kelapa dan soy wax yang berkualiti tinggi. Campuran ini dipilih kerana

khasiat pelembap dan keupayaan meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa

melekit. Lilin ini juga dicairkan pada suhu rendah, menjadikannya selamat untuk

digunakan terus pada kulit. Cara menghasilkan candle massage ialah shea butter dan

minyak kelapa dicairkan secara perlahan untuk memastikan tekstur yang homogen.

Seterusnya, soy wax ditambahkan dan dikacau rata pada suhu yang sesuai. Campuran

dituangkan ke dalam acuan seterusnya tambahkan minyak pati wangi dan dibiarkan

mengeras. Faedah yang diperoleh daripada penghasilan candle massage ini ialah

menghasilkan produk mesra alam dan mesra kulit,memberikan pengalaman urutan

yang unik dengan aroma semula jadi serta membantu melembapkan dan menyuburkan

kulit semasa urutan. Inovasi Candle Massage ini bukan sahaja memenuhi keperluan

pengguna untuk produk urutan yang semula jadi, tetapi juga menyumbang kepada

kelestarian alam sekitar. Gabungan shea butter, minyak kelapa dan soy wax menjadikan

produk ini selamat, berkesan dan memberi pengalaman urutan yang menyenangkan.