PD191: KRIM PENGILAP SEMULA JADI

MADHUSHALINIA/P LOGESPARAN SJKT SUNGKAI

KL3IS | Prodigy

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 29 times | LS: 29.0
Like it? | Support them now!

Program ini dirangka dengan objektif untuk meminimumkan risiko
penggunaan bahan kimia berbahaya dalam keperluan harian melalui penciptaan
alternatif yang lebih selamat dan mesra alam.Inisiatif ini telah diperkenalkan pada
tahun 2023 dan melibatkan penyertaan tigaorang murid Tahun 6 serta seorang guru
sebagai fasilitator utama. Dalam pelaksanaan inovasi ini, murid telah diberi
bimbingan untuk mereka cipta bahan pembersih tembaga berasaskan sumber
semula jadi. Proses ini turut mendedahkan murid kepada konsep bahawa
penggunaan pelbagai jenis pencuci mampu memberikan kesan berbeza terhadap
tahap kebersihan dan kilauan permukaan tembaga.Melalui pelaksanaan inovasi ini,
murid bukan sahaja didedahkan kepada aspek saintifik dan alam sekitar, malah turut
diberi peluang untuk meneroka potensi pemikiran kreatif dan inovatif secara aktif.
Program ini secara tidak langsung berupaya merangsang motivasi intrinsik murid
untuk berfikir secara kritis serta mengaplikasikan bahan semula jadi sebagai
alternatif kepada produk komersial. Keberkesanan program dinilai menerusi
pendekatan holistik seperti pemerhatian sistematik, ujian ke atas produk, soal selidik
dan analisis terhadap penggunaan bahan semula jadi dalam rutin harian. Selain itu,
program ini turut menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif,
progresif dan selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21.
Kata kunci: Kelestarian Alam Sekitar, Inovasi Hijau, Pembersih Tembaga Semula
Jadi,Pemikiran Kreatif,Transformasi Pendidikan Merekacipta bahan
pembersihanyang menjaga Alam Sekitar, Pengunaan Bahan Buangan.