NUR AZILAH BINTI YAHAYA SMK BALING
Inovasi Lilin Aromaterapi ‘Natural Scents’ ini terhasil atas keprihatinan pengkaji terhadap masalah pencemaran alam akibat pembuangan minyak masak terpakai. Objektif iInovasi ini untuk memberikan kesedaran tentang kelestarian alam. Dalam inovasi ini, minyak masak terpakai dibersihkan terlebih dahulu. Ekstrak aroma semulajadi diperolehi daripada serai wangi dan pandan yang dimasak bersama dengan minyak masak terpakai dan lilin lebah. Campuran ini kemudiannya dituang ke dalam acuan khas. Ujian soal selidik dijalankan terhadap 30 orang responden menunjukkan 12 orang responden bersetuju dan 16 orang sangat bersetuju bahawa inovasi ini dapat mengurangkan pencemaran alam. Kesimpulannya, inovasi ini merupakan satu inisiatif dalam mendidik generasi muda untuk menjaga kelestarian alam.