AMMAR HAMDANI BIN ABDUL RAHIM KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
Perkembangan teknologi hijau pada kenderaan sangat pesat membangun dan penggunaan kenderaan elektrik sudah meluas. Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik pada kenderaan ini telah menambah lagi kebarangkalian kebakaran yang mungkin akan berlaku. Oleh itu, satu inovasi yang dinamakan Automatic Car Engine Bay Fire Extinguisher telah dilaksanakan. Sistem ini menggunakan sensor untuk mengesan kebakaran dan dilengkapi dengan gas karbon dioksida (CO2) yang boleh digunakan untuk memadamkan api dari perkakasan elektrik dan elektronik. Sistem ini telah diuji pada kenderaan dan mendapati bahawa sistem ini mampu membantu memadamkan kebakaran yang berlaku pada kenderaan. Sistem ini boleh ditambahbaik lagi bagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik bagi menambah ciri keselamatan pada produk keluarannya dalam masa yang sama menambah kepercayaan pengguna pada produk tersebut.