NOOR FATIHAH MD NOOR SMK CHUKAI
FenSe ialah inovasi berasaskan konsep STEM yang dibangunkan untuk menangani isu ponteng sekolah dengan meningkatkan kawalan keselamatan di pagar sekolah. Inovasi ini menggunakan sensor ultrasonik, mikropengawal dan buzzer untuk mengesan pergerakan serta menghantar amaran melalui Telegram kepada guru. Ia juga disokong oleh teknologi AI seperti Huskylens dan konsep Internet of Things (IoT) untuk pemantauan masa nyata secara dalam talian. FenSe bukan sahaja membantu mengurangkan kadar ponteng, malah meningkatkan keselamatan murid. Inovasi ini berpotensi diperluaskan ke sekolah lain bagi memastikan murid sentiasa berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan