NUR IZZATI BINTI ISHAK Kolej PolyTech MARA (KPTM BANGI)
Produk ini merupakan bekas bedak padat yang dilengkapi dengan lampu LED bagi memudahkan pengguna bersolek dalam keadaan kurang cahaya. Reka bentuknya yang ringan dan mudah dibawa menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian, khususnya bagi individu yang aktif dan sering berada di luar rumah. Lampu LED boleh diaktifkan melalui butang, membolehkan pengguna membaiki solekan di mana-mana sahaja. Inovasi ini bertujuan meningkatkan kemudahan serta keyakinan pengguna dalam menjaga penampilan diri.